Fat Panda is stalking. Yasmin's
Yasmin's
About Twitter Follow Dashboard Entry

Cinta Pertama
Sunday, 30 September 2012 ♥ 05:00 ♥ 2 comments




BAB 1

Tok! Tok! Tok! Pintu biliknya diketuk berkali-kali oleh ibunya namun Anis senyenyak-nyenyaknya tidur tanpa menyedari bahawa dia sememangnya sudah terlambat untuk ke sekolah. Tambahan pula, biliknya berhawa dingin. Memang liat lah untuk remaja berusia enam belas tahun ini untuk bangun dan menyiapkan diri ke sekolah. Anis tinggal di kawasan perumahan yang mewah. Dia juga berasal dari keluarga yang berada.

"Anis oh Anis! Bangun sayang.. Dah pukul berapa ni! Nanti terlambat lagi ke sekolah tu." Jerit Puan Jasmin sambil mengetuk-ngetuk pintu bilik anak tunggalnya itu.
Di dalam bilik, Anis malah makin menarik selimutnya yang gebu itu sehingga menutup mukanya apabila dia mendengar suara ibunya. Tidak dinafikan, suara ibunya persis suara Tarzan di hutan. Anis akhirnya bangun dan duduk di sisi katil. Tangannya pantas mencapai jam loceng yang berada di situ.

"Ya Allah! Dah pukul tujuh lima minit! Kena denda lagi lah aku dengan Cikgu Herlina! " Dia menepuk dahinya berkali-kali lalu mencapai tuala mandi dan bergegas ke bilik air.

Setelah selesai menyiapkan diri, dia terus menuruni tangga yang menuju ke ruang tamu. Kelihatan mama dan papanya sedang bersarapan di ruang makan.

"Anis tunggu apa lagi tu, sini lah sarapan sekali."


Ajak mamanya yang sedang menuang milo panas ke dalam cawan papanya. Papanya pula hanya mengangguk dengan apa yang dikatakan oleh Puan Jasmin.

"Mama, Anis dah lambat sangat ni! Lagi lima belas minit je pintu pagar sekolah tu akan ditutup. Papa cepatlah sikit makan tu. Tolong hantarkan Anis. Cepat sikit pa!"
desak Anis kepada papanya sambil dia menjamah nasi goreng yang dibuat oleh ibunya. Papanya pula dengan pantas menggapai kunci kereta yang berada di sebelahnya. "Okay jom!"

Papanya  memecut mengalahkan pemandu F1 kerana takut anak kesayangannya itu didenda jika terlambat. Tepat pukul tujuh dua puluh pagi, dia sampai di sekolah. Dia melewati pintu pagar sekolah itu sambil ditenung oleh Amirul Syahmi, ketua pengawas paling comel di sekolah itu. Eh? Comel ke? Oh ya! Lupa nak bagi tahu. Amirul Syahmi merupakan ketua pengawas di Sekolah Menengah Sri Setia ini. Disebalik kecomelannya itu, dia juga merupakan seorang yang garang dan tegas apabila menjalankan tugasnya sebagai ketua pengawas. Anis berkata di dalam hati "Haih Mirul, kenapa lah kau ni handsome sangat. Boleh cair aku hari-hari macam ni." Tambahan pula, Amirul Syahmi juga merupakan classmatenya! Boleh hilang fokus Anis untuk menimba ilmu di sekolahnya itu. Lalu dia pun terus melewati Amirul Syahmi sambil tersenyum. Senyumannya itu dibalas dengan sindiran oleh Amirul Syahmi.

"Hai Anis. Awal datang sekolah?" Senyuman nakal turut dilemparkan oleh Amirul Syahmi.
Anis hanya mampu menahan malu dan berjalan menuju ke kelas.

Anis terus menuju ke kelasnya, iaitu kelas 4 Bijak. Anis merupakan pelajar yang boleh dikira pelajar pandai kerana dia berada di kelas yang pertama. Dia pun melangkah masuk ke kelas dan dari jauh dia sudah melihat rakan semejanya yang sedang sibuk bergossip dengan rakan-rakannya yang lain. Dia terus menerjah mereka bagaikan Naz Ahmad menerjah artis-artis di rancangan Melodi di TV3 itu.

"Hah! Mengumpat pasal aku ye? Baik korang cakap sekarang!" Rakannya semejanya Nina terus memandang tepat ke arahnya lalu berkata. 


"Ha'ah kita orang tengah mengumpat pasal kau." Dengan selamba Nina berkata begitu.
Tiba-tiba Faizah pula bersuara.

"Anis Anis.. Kau ni kalau satu hari tak datang lambat ke sekolah memang tak sah kan?"
 Dia ketawa.

"Korang ni macam tak kenal aku kan, kalau aku datang sekolah awal-awal, tu bukan Anis namanya." Dia membebel seorang diri.
Rakan-rakannya hanya mengangguk dengan apa yang dibebelkan oleh Anis.

"Eh Anis! Boyfriend kesayangan kau tu dah masuk kelas lah. Tengok tu." Dia menudingkan jari telunjuknya ke arah Amirul Syahmi yang baru sahaja duduk di tempatnya.


Anis sebenarnya sudah lama menyukai Amirul Syahmi. Tetapi dek kerana malu, dia terpaksa memendam dahulu perasaanya itu sehingga telah sampai waktu yang sesuai untuk dia meluahkan perasaan suka dan cintanya kepada Amirul Syahmi.

"Hai handsome! You buat apa tu? Buat kerja sekolah ya? Need any help from me?" Tiba-tiba datang pula si gedik Zahrah ke arah Amirul Syahmi.
Apa lagi, Anis pun menunjukkan muka masamnya dan dengan pantas menoleh ke arah papan putih.

"Ha'ah Cik Zahrah, I  tengah buat kerja sekolah ni. Takkan tu pun you tak nampak. Mata u ada problem ke?" Dengan selambanya dia menjawab pertanyaan Zahrah.


Sebetulnya, Amirul Syahmi tidak pernah suka akan sikap Zahrah yang selalu tergedik-gedik inginkan perhatiannya itu, malah dia selalu mengendahkan Zahrah apabila Zahrah mendekatinya.

"Alah you ni tak sporting lah Mirul. Dah lah! Malas i nak cakap dengan you lagi. Buang masa i je!" Lalu dia mencampakkan kembali buku Amirul Syahmi ke atas meja. Zahrah pun kembali ke tempat duduknya.

"Hah! Aku memang tak sporting. So tak payah nak tergedik-gedik sangat depan aku." Amirul Syahmi berkata di dalam hati. Sempat lagi dia menjeling ke arah Zahrah. Jelingannya itu dibalas oleh Zahrah dengan menjelirkan lidahnya.

Pada waktu rehat, Anis, Nina dan Faizah berehat di kantin. Sementara Nina dan Faizah sedang enak menikmati nasi lemak ayam yang baru mereka beli tadi, Anis pula sedang asyik berangan sambil memandang ke arah Amirul Syahmi yang sedang meronda di sekitar kantin itu.

"Mirul, I love you.." Anis tidak perasan bahawa Nina dan Faizah sedang memerhatikannya lalu mereka menegur Anis.

"Oi Anis! Apa kau cakap tadi? I.. lo..ve.. siapa? Ulang lagi sekali boleh tak? Kita orang kurang dengar lah." Sengaja Nina dan Faizah menyakatknya.

"Mana ada aku cakap macam tu! Aku cakap air sirap ni sedap lah." Dia meneguk air sirap itu.


Padahal air sirap itu langsung tidak sedap! Tawar! Tapi dia menggagahkan diri untuk menelan air itu kerana takut Nina dan Faizah mencurigainya. Nina dan Faizah pun hanya mengangguk mengiyakan apa yang diberitahu oleh Anis. Padahal mereka tahu, Anis pasti ada rahsia 'besar' yang belum dia ceritakan kepada mereka. Mereka hanya perlu bersabar dengan Anis kerana mereka tahu, Anis bukan jenis yang selalu berkongsi cerita kepada sesiapa. Apa lagi kalau bab lelaki! Dia malu kononnya.

Kring! Kring! Loceng sekolah itu berbunyi menandakan sudah tiba waktunya untuk pulang. Semasa berjalan menuruni tangga sekolah, Anis sempat lagi mencuri-curi pandang di mana Amirul Syahmi berada. Kelihatan Amirul Syahmi sedang asyik berbual dengan rakan baiknya Afiq di depan sekolah.

"Hmm.. Agaknya apa lah mereka bualkan ya? Ada tak kena mengena dengan aku." Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

"Anis!" Papanya memanggil dari dalam kereta, Anis sempat melambai ke arah Amirul Syahmi tapi tidak diendahkan olehnya. Barangkali Amirul Syahmi sudah terlalu rancak berbual dengan Afiq menyebabkan dia tidak nampak lambaian yang diberikan oleh Anis. Anis dengan rasa hampa menuju ke arah kereta Toyota Vios milik papanya itu. Sesudah masuk ke dalam kereta, papanya melihat ada perubahan pada muka Anis. Mukanya masam mencuka. Seperti ada yang tidak kena. 


"Ada apa ni Anis? Kenapa masam betul papa tengok muka Anis ni?" Papanya menyoal. 


Anis tidak pula sedar yang mukanya berubah menjadi masam apabila lambaiannya tadi tidak diendahkan oleh Amirul Syahmi. Dengan tergagap-gagap dia menjawab soalan papanya tadi.

"Err.. Tak ada apa lah pa.. Anis cuma penat aja." Sengaja dia membohong papanya.


Dia tidak mahu sampai papanya tahu tentang Amirul Syahmi. Jikalau sampai perkara itu berlaku, alamatnya.. Perang Dunia ke empat lah dia dan papanya.
Sesampainya di rumah seperti biasa, Anis akan mencampakkan sahaja baju dan stoking sekolah miliknya di atas katil. Anis dari kecil sudah dimanjakan dengan kemewahan. Oleh sebab itu, dia tidak pandai sama sekali menguruskan dirinya tatkala dia pulang dari sekolah. Nasib baik papa dan mamanya telah mengupah orang gaji untuk menguruskan keperluan Anis di rumah. Entah sampai bila lah Anis akan berperangai begitu. Harap-harap bila sudah besar nanti dia pandailah menguruskan dirinya.

Malam telah menjelma. Anis mengeluarkan kerja sekolah dari begnya dan mengeluh perlahan.
"Kan best  kalau tak ada kerja sekolah. Penat lah hari-hari cikgu bagi kerja sekolah yang bertimbun macam ni. Karangan pula tu!" Anis memegang dadanya sebagai tanda menyabarkan dirinya dari terus melenting.
Dalam kesibukan menyiapkan kerja sekolahnya, dia sempat mencapai iPhone4S yang dihadiahkan oleh ayahnya kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Menengah Rendah(PMR) pada tahun lepas. Dia membuka mesej dan terus menaip "Hai. Awak busy ke?" Mesej itu terus dihantarkan pada nombor telefon Amirul Syahmi. Lama juga dia menunggu balasan mesej dari lelaki yang dia sukai itu. Anis sudah naik bosan menunggu, lalu dia memutuskan untuk makan malam dahulu sebelum membaca mesej dari Amirul Syahmi.

"Alhamdulillah, dah kenyang dah." Dia menadah tangan tanda mengucapkan syukur di atas rezeki yang telah diberikan oleh-Nya.


Dia terus naik ke biliknya lalu terdengar bunyi mesej yang baru sampai di iPhone4Snya. Alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat nama Amirul Syahmi tertera pada telefon bimbit miliknya itu. Dia membuka mesej tersebut dan terus membacanya. "Hai. Ini siapa ya? Saya tak busy pun". Apa lagi, tersengih-sengih lah Anis Amira membaca mesej itu. Dia pun membalas "Ini Anis lah Mirul! Classmate  awak. Takkan awak tak save nombor telefon saya kut?" Dengan laju dia menekan butang Send yang tertera dia telefon bimbitnya. Lalu mereka pun saling mesej sesama sendiri sehingga lewat malam. “Okay lah Anis, saya tidur dulu ya? Jumpa di sekolah esok.” Anis membaca mesej itu sambil tersenyum girang. Lena dia tidur malam itu.




PASTFUTURE
Le Mynn;
Know the fact.

I just need to find some real Happiness. I know it's out there waiting for me. I just need to be a little patience. That's all. x


Tagboard;

Tutobies here!
Please do leave your footstep here baby.

Social;
Do follow me on Twitter.

Big thanks;
Thank You
Template by :
Masterly Elmo
Re-Design by : Yasmin Mynn
Tutorial by: xx ‚xx ‚xx ‚xx ‚xx ‚xx
Perfect View: Google Chrome